Monday, November 24, 2014

5 Sebab kenapa anda perlu menolak insurans hayat dan takaful keluarga

Mengikut pengalaman, anda boleh menolak untuk mengambil insurans hayat / takaful keluarga sekiranya anda mempunya 5 sebab yang berikut;

1. Tidak perlu Perlindungan Hutang


Jika anda tiada sebarang hutang atau telah melangsaikan hutang anda, maka ada seorang yang cemerlang dan amat bijak menguruskan kewangan anda.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya (iaitu dia belum dihukum, sama ada kebaikannya atau kejahatannya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim). 


Hutang terbahagi kepada dua iaitu,

  • Hutang kepada Allah
  • Hutang kepada manusia
Oleh itu anda tida perlu perlindungan insurans atau takaful sekiranya saat ini anda telah;
  • Melangsaikan hutang-hutang anda
  • Anda mempunyai simpanan yang mencukup untuk melangsaikan hutang anda setelah anda meninggal dunia nanti.
  • Anda memang tergolong dalam kategori yang tidak pernah berhutang atau tidak akan berhutang.
2. Tidak perlu perlindungan pendapatan

Anda memang tidak perlu perlindungan pendapatan sekiranya pada masa ini, anda mempunyai simpanan, KWSP serta lain-lain pelaburan yang mencukupi untuk menanpung kehidupan serta melangsaikan hutang anda sekiranya berlaku apa-apa kepada anda seperti cacat kekal, kematian, hilang upaya dan seumpamanya.

Renungkan firman Allah dalam ayat 240, Surah Al-Baqarah;

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bulanan kita ialah RM4,000, maka kita perlu ada sekurang-kurangnya RM48,000 untuk nafkah isteri selama setahun. Namun mengikut hukum faraid, bahagian isteri adalah 1/8, dengan ini anda perlu menyediakan RM384,000 (RM48,000 x 8). tetapi sekiranya kita menghibahkan harta tersebut kepada isteri, ianya bukanlah menjadi harta pusaka dan jumlah tersebut cukup sekadar RM48,000.


3) Tak perlu perlindungan wang rawatan & perubatan

Sekiranya anda dapat meperuntukkan simpanan anda sejumlah RM200,000 untuk kos rawatan, setelah tolak item 1 & 2 di atas, maka anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menolah insurans hayat / takaful keluarga.

4) Tak perlu perlindungan simpanan pendidikan

Anda dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50,000 bagi setiap anak anda untuk pengajian peringkat ijazah.


5) Tak perlu perlindungan simpanan hari tua

Anda tidak perlu kepada insurans sekiranya simpanan hari tua anda amat mencukupi.

Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 40 tahun dan pendapatan tahunan anda adalah RM48,000, maka anda perlu ada RM1,536,000 untuk meneruskan kehidupans sehingga umur 72 tahun (anggaran jangka hayat penduduk Malaysia).

Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh hubungi 019-2754696.

Kredit kepada http://www.m-niaga.com




Wednesday, October 29, 2014

Karnival Mahabbah 2014 Masjid Proton

‎Jumpa kami di Masjid Proton pada Jumaat hingga Ahad ini, 31 Oct - 1 Nov 2014. Terdapat pelbagai gerai jualan serta hiburan berunsur Islam. Program bermula dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam.

Jom tunjukkan sokongan anda serta imarahkan masjid pada setiap waktu solat.

Moga setiap usaha kita diberkati Allah sentiasa. 

Amin.

Antara pelanggan yang menggunakan kad Etiqa


‎En Ashraf dimasukkan ke hospital KPJ Selangor pada October 2014 tanpa sebarang masalah.

Moga cepat sembuh En Ashraf.


Tuesday, September 30, 2014

Sebab mengapa anda memerlukan kad perubatan


Mengapa anda perlu kad perubatan walaupaun company anda ada menyediakan kad untuk anda?

 1. Syarikat hanya melindungi anda sehingga anda bersara sahaja

 2. Jumlah perlindungan yang syarikat sediakan kemungkinan besar tidak mencukupi, contohnya RM20,000 setahun

 Jika anda menunggu sehingga umur 55 tahun, pada waktu itu premium yang anda bayar untuk dapatkan perlindungan yang sama pada hari ini team meningkat. Anda terpaksa membayar lebih mahal. Lawati http://ozetiqa.blogspot.com 


Friday, July 25, 2014

Kenapa perlu gunakan duit simpanan anda

‎Jika wang anda disimpan sepenuhnya di bank komersial, anda hanya mendapat faedah dan dividen sahaja. Anda tidak mendapat perlindungan untuk diri anda.

Di Takaful, anda bukan sahaja menyimpan, malah anda menyediakan perlindungan untuk diri sendiri serta harta untuk keluarga anda setelah anda tiada. Di samping itu, kita turut menolong peserta-peserta lain yang memgalami musibah. Indahnya konsep tabarrut(menderma), di mana peserta bersetuju untuk menolong sesama sendiri jika ditimpa musibah bersesuaian dengan sumbangan yang diberikan.

Dengan simpanan serendah RM100 (bergantung pada jenis pelan) anda boleh mendapatkan kad perubatan untuk perlindungan sehingga RM1.5 juta.‎ 

Berbeza dengan pengendali Takaful lain, anda tidak perlu membayar untuk co-takaful, di mana sesetengah pengendali memerlukan anda membayar, biasanya 5% atau 10% dari kos rawatan. 

Oleh itu Etiqa medical card seharusnya menjadi pilihan anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Bertindaklah sebelum terlambat. Tiada mana-mana pengendali Takaful akan menerima anda sekiranya anda telah ditimpa penyakit.


Wednesday, July 16, 2014

Artis Perlu Ambil Insuran Agar Tidak Menyesal' - Aida Khalida

Aida Khalida.
Aida Khalida.
PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida menyarankan artis muda supaya mengambil insurans kesihatan dan nyawa sebagai persediaan pada hari tua mereka nanti.
Aida, 50, berkata, perkara itu dianggap penting dan boleh membantu mereka pada kemudian hari sekiranya berlaku sesuatu musibah dan perkara yang tidak diingini.
"Kita ni sebagai pelakon bukan ada gaji tetap atau imbuhan lain jadi masa tengah muda dan kuat bekerja tu tidak salah mengagihkan sedikit bayaran lakonan untuk simpanan seperti mengambil insurans.
"Mungkin pada sesetengah orang anggap ia perkara remeh tetapi sebenarnya ia mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan ketika waktu kecemasan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Aida, dia bukan cuba mengajar artis baru tetapi sekadar memperingati mereka agar tidak lalai dengan keseronokan dunia glamor sehingga melupakan tentang masa depan.
"Saya sudah lama dalam industri ini jadi tahu selok-belok tentang bidang ini dan jika golongan artis tidak beringat pasti akan menyesal suatu hari nanti," katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata, walaupun banyak persatuan seni yang wujud di negara ini, golongan artis tidak boleh terlalu mengharapkan mereka sahaja dan perlu berbuat sesuatu untuk masa depan masing-masing.
"Jika hanya nak mengharapkan ihsan orang lain susah juga sebab itu saya kata sejak awal kita perlu sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi bukan selamanya senang dan orang mahukan kita," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaru dirinya, Aida berkata, dia amat bersyukur kerana masih diberi tawaran berlakon sehingga terpaksa menolak beberapa drama kerana kesuntukan masa.
Dia juga gembira apabila imej bertudung yang dikenakan tidak pernah menjadi masalah kepada syarikat produksi untuk mengambilnya berlakon.
"Alhamdulillahlah walaupun dah 'senja' masih banyak tawaran yang saya dapat dan selagi terdaya saya akan terus berlakon," katanya.
Sumber: MStar Online

Saturday, July 12, 2014

Pelan Haji (Mabrur)

Persiapan Menuju Destinasi
                     Rukun Islam Ke 5
Picture
Picture
Dengan Kerjasama dan usahasama Tabung Haji bersama Etiqa Takaful, maka terlancarlah satu produk bagi merealisasikan impian umat islam untuk menunaikan Haji dan Umrah. Iaitu Produk Mabrur.

Masalah :-

1. Jika daftar hari ini, maka tarikh yg dijangkakan pergi adalah 40/50 tahun akan dtg.

2. Warga emas didahulukan, jadi nama kita akan lagi ke belakang.

3. Simpanan diguna pakai kerana tempoh yg lama.

Jadi penyelesaiannya adalah dengan wujudnya satu kaedah yg boleh membantu kita menunaikan tanggungjawab Haji dengan cepat dan efektif. Yang paling penting sekali semuanya bermula dengan niat kita. Insya Allah dipermudahkan.. 


Kenapa anda perlu menyertai produk Haji dan Umrah eTiQa Takaful :- 

1. Pendaftaran @ Pembukaan Akaun Tabung Haji percuma untuk anda.

2. Kami realisasikan impian Anda dengan Pendaftaran Haji selepas genap tahun ke 3 (Automatik)

3. Bayaran Tunai Tetap sehingga 123% akan dikreditkan terus ke akaun tabung haji anda.

4. Elaun Haji 

5. Elaun Umrah.

6. Elaun Penjagaan Anak. 

7. Manfaat Ihsar.

8. Manfaat Badal Haji -

9. Kos pengebumian.

*** Ini semua tidak termasuk lagi dengan nilai wang simpanan Anda di dalam akaun Tabung Haji & eTiQa Takaful. Ini kerana kedua-dua akaun tersebut akan diberi dividen tahunan.

*** Segala sesuatu bermulanya dengan niat, selagi mana anda berniat untuk melakukan kebaikan dan berusaha kearahnya, Insya Allah anda akan dapat. Mungkin anda masih lagi perlukan beberapa penjelasan, jangan risau dan khuatir kerana saya sedia membantu anda..